Saturday, June 20, 2009

Inefficient dakwah

(Before you read this post, please be clear that this is only from my point of view. Who am I? A student, a woman, a muslim, a malaysian, not a naqibah, and most importantly, a human).



Tujuan entry ni bukanlah untuk menyinggung perasaan para pendakwah semalaysia,,sebaliknye adalah untuk memberi sedikit input supaya proses pendakwahan anda menjadi semakin efisyen, terutamanye students yang menjadi naqib atau naqibah di kolej or di sekolah.

Since aku bersekolah di STJ ( asrama), aku diperkenalkan dengan konsep usrah. Buat sesape yang tak clear ngan konsep usrah ni, boley lah google. hehe. tp, basically, usrah ni macam konsep keluarga, di mane korg akan diberi group untuk berjumpe and berbincang la tentang ape2 hal pon, mostly pasal hal ehwal agama la. Then, aku pon continue belajar di KMB, and kat sini usrah pon masih dijalankan setiap minggu, dan semua students wajib hadir. Recently, aku study kat pennstate, and Alhamdulillah, masih ade aktiviti usrah (walaupon aku ni bukan active member usrah hehe), aku kagum gak.

So, setelah aku ni didedahkan dengan idea dakwah secare usrah ni, banyak bende yang aku perhatikan. (jgn igt aku tak aktif, aku tak tau hehe,,ni bekas naqibah ni hehe). Yang paling jelas, tak ramai org yang suke pergi usrah..nak tau kenape? aku pon tak sure kenape ramai org tak suke gi usrah sebab tu sume berbeza antara individu tersebut.tp, dengan situasi sebegini, jelaslah bahawa dakwah secare usrah kurang efisyen. kenape? antare sebabnye adalah seperti berikut:

  • Topik kurang / tidak menarik (kurang variasi)

Untuk ape2 bende sekali pun, topik atau tajuk merupakan elemen yang terpenting untuk menarik hati orang ramai. Contoh, kalau nak tgk wayang, kite akan tgk tajuk cite tu ape, baru kite decide nak tgk ke tak wayang tu. kalau kite rase tajuk cite tu menarik and ade kaitan dengan kite, sure kite akan pertimbangkan nak tgk ke tak. tp kalau cite tu tajuk die macam bosan bagi kite, atau takde kene mengena pon ngan kite, mmg out of the list lah. so, same lah macam kes usrah ni. topik yang nak dibincangkan oleh para naqib/naqibah kadang kala gagal menarik hati pelajar lain untuk turut serta. Mase aku kat sekolah dulu, time form 5, sepanjang tahun usrah, bende yang dibincang sumenye pasal ibadat. ie. solat, puase, bersuci, etc....memang la penting untuk sebagai muslim, kite kene perfectkan bende2 basic pasal ibadat ni, baru boleh jadi seorang muslim yang baik. Tp, kite tak leh lupe, yang muslim adalah manusia yang penuh dengan kelemahan. Antarenye, perasaan bosan. Imagine, time sekolah rendah kite belajar ibadat, sekolah menengah pon dalam syllabus pendidikan islam kite sentuh pasal ibadat yang same. so kalau kite asek dengar bende yang same je, tak ke boring. ramai yang akan cakap "alah, topik ni kan dah pernah belajar kat kelas, takkan nak belajar lagi,,takde bende lain ke nak discuss??asek2 bende same,,taknak la gi usrah camni,,dah tau dah,,"

  • Topik tak selaras dengan umur/background

Macam point sebelum ni, topik usrah sangat penting dalam menjanjikan usrah yang berjaye. Salah satu bende penting yang perlu dipertimbangkan dalam memilih tajuk usrah mestilah depends dengan umur dan background ahli2 usrah kite. Kalau ahli usrah kite tu pelajar kolej dan dah berumur 20-an, takkan nak bincang pasal cara2 menyucikan diri lagi atau topik macam 'bagaimana menjadi pelajar yang berjaye' dan lain2. Lagi menarik kalau issue2 semase menjadi topik. Contohnye issue palestine ngan israel ke, issue al qaeda ke, syiah dan ahli sunnah ke, pakistan ke, ape2 issue yang boleh membuka minda dan mempelawa banyak pendapat dari ahli usrah, daripada issue yang menjadikan ahli usrah kite sebagai pendengar aje. Kalau ahli usrah tu ramai dari golongan professioanal atau student kolej, tak salah nak bincang issue berat atau sensitive.

  • Mewajibkan usrah
Kebanyakan sekolah akan mewajibkan usrah untuk setiap pelajar. Kenape nak wajibkan usrah? kalau topik usrah tu menarik, pasti ramai org akan datang usrah dengan rela hati. tapi, macam mane nak tau topik tu menarik untuk semua org ke tak kan? semua org berbeza..hurmm,,,ramai org pernah cakap yang quality lagi penting dari kuantiti. kalau semua org datang usrah sebab terpakse, ade high possibility yang ape di ajar mase usrah tu takkan diingati atau dihiraukan langsung. Lagi better kalau usrah ni tidak diwajibkan, sebaliknye untuk sesiape yang berminat. kalau usrah ni menarik, surely ramai yang akan datang. macam konsert jugak, ramai je datang tgk konsert walaupun tak wajib tgk kan? another thing, setiap manusia ni ade priority yang berbeza. tak semestinye seseorang tu tak datang usrah sebab die ni mmg hati batu taknak berubah or dgr teguran org ke ape, tapi mungkin ade bende lain yang bagi die lagi penting nak kene buat. Dan kalau usrah diwajibkan pada certain time yang mmg die kene buat bende lain, secare tidak langsung die akan menganggap usrah sebagai beban. makanye, makin jauh lah hati die daripada menghadiri usrah.
  • Stereotype
Bukan semua, tapi ade sesetengah org yang nak berdakwah ni suke gune bahase arab dan memakai pakaian arab. Harus di tekankan bahawa islam bukan arab. arab tidak melambangkan islam. kenape? sebab islam tu agame, arab tu bangse, islam percaye Allah, ade arab yang kafir, islam tu adil dan suci, ade arab yang suke bergaduh dan berperang. Jadi, kenape perlunye sesetengah org nak gune bahase arab (ana, anta, etc,,)dalam proses pendakwahan kepade orang melayu? adakah dengan menggunakan bahase arab, mereka akan nampak lebih alim dan beriman? atau adekah kerana mereka mengikut sunnah nabi? Ape pun jawapannye, semua terpulang kepade masing2. ape yang nak di tekankan di sini ialah jika kite hendak berdakwah, care pendekatan mestilah sesuai, dan yang paling penting, kite perlu pastikan mesej yang nak disampaikan tu dapat di absorbed oleh orang lain, bukan menjauhkan lagi orang lain daripada kita.

Before aku berhenti menaip, lagi sekali aku nak igtkan bahawe semua ini adalah pendapat aku dan tidak ditujukan buat semua naqib dan naqibah,,aku tau ramai je yang bagus dalam menjadi naqiba naqibah cemerlang,,. jadi, kalau ade yang nak betulkan atau nak nasihatkan aku, sile lah, saye terime dengan hati terbuka. same2 kite menjadi lebih baik. Akhir kate, selamat lah ye.

8 comments:

  1. ha'a aku pun tak paham kenape kene gune ana anta sume tu.mungkin rase mcm guna kata diri yg lebih sopan kot.tp bule je guna saya, saudara, awak ke, kalau rs "aku kau" rude.

    ReplyDelete
  2. salam wan..sgt menarik tajuk discussion neh..n sy sgt setuju...u hit on the right points..sbb2 ni la menyebabkan kite maleh nak join usrah...well..bg sesiapa yg teruskan usrah, nampaknye kene la ubah style so that org lebih berminat.. (~_~)

    ReplyDelete
  3. eh aku pelek la wan.. usrah kt sane mcm tu ke? klu cmtu mmg la x menarik.. tp kt negare lain usrah ok je..akak usrah baik je ngan adik2 usrah.. xde la pelek pakai anta enti la.. huhu.. pastu ade wat aktiviti daurah.. mcm pegi camping sume.. sronok.. tajuk pon xde la fardhu ain basic tp lebih kpd kefahaman.. cm tajuk ghuzwatul fiqh dll..

    ReplyDelete
  4. farrah, contoh2 aku bagi kat atas ni bukan spesifik kat usrah kat pennstate,,usrah pennstate best,,tp ni adalah comment umum,,it happened at some colleges dalam dan luar negara,,and esp if u can recall usrah kat stj,, and aku tak mention pon ade masalah antara akak and adik usrah,,another thing is, if u can help me with this one, why do some people have to speak in arabic? is it because when people speak arabic, they are perceived as more islamic than people who don't? thanks farrah!!hehe

    ReplyDelete
  5. yg tu aku x setuju la.. tp ikut keadaan.. klu mcm ustaz yg bg ceramah ke.. nampak normal la klu die speak arab.. tp klu between student n student.. that's not a good way to approach people to give dakwah.. klu between student carenye adalah mendekati dan berbaik2 sesame mereka.. baru senang nak ajak dorg ikut kite jgk.. ok that's the point.. care berdakwah yg tepat adalah- bersesuaian dgn umur objek dakwah so ade care die, ikut keadaan, isu semase tp bukan isu sensitif.. and bla bla.. itu je.. people di judge islamic according to their lifestyle.. maybe ko penah prasan keadaan spt ini.. someone who can score high mark in exam for islamic study but according to real life they kind of bad person? someone who knows many about hukum hakam but in da same time do the bad thing? that is what we call understanding (kefahaman) .. someone who always use arabic cannot be perceive as more islamic.. it's their lifestyle.. tq..
    boleh diterime jawapan? hehe

    ReplyDelete
  6. i think it all comes back to PERCEPTION.. good point u have there about 'ways to do dakwah',,they have to be suitable to the targeted individual or groups. Thanks rong~~

    ReplyDelete
  7. Saya tak nak sentuh langsung pasal topik yang diperbincangkan. Tapi saya terganggu dengan 'kisah silam' you yang cukup menaikkan kemarahan saya sebagai seorang wanita. Fine, doa you dimakbulkan Allah dapat memperisterikan seorang wanita cantik, solehah, ayu, lembut dan bersopan-santun as you quoted. Alhamdulillah Anak tok Imam lagi..TAPI..(tapi ni yang buat saya piss off,mual, geram) TAK PAYAH lah nak riak bercerita kat satu dunia you dah tidur dengan ntah berapa ramai perempuan and yet you sendiri pun tak ingat. You ni betul-betul lelaki yang pentingkan diri sendiri, ego, riak. You berseronok buat maksiat dengan perempuan boleh? Tapi bila nak berbini nak yang baik-baik!! You are not being fair!! Kenapa tak kutip aje perempuan yang buat maksiat tu, kahwin dengan dia dan bimbing dia ke arah jalan yang benar??

    ReplyDelete
  8. eerrrr...kepada pengomen di atas ini,, memang awak patut marah kat orang macam kasim ni,,kat malaysia mmg ramai je org macam kasim ni kan? buat jahat tak igt dunia, tp nak kawin ngan orang baik je kan? tp, awak salah lah kalau awak marah kat saye sebab kisah kasim tu saye tulis from first point of view untuk ceritakan masalh yang wujud di kalangan masyarakat malaysia esp muda mudi negara kite. bukan pasal saye,,saye pun perempuan gak,,anywaysss,,thanks for reading ;)

    ReplyDelete